Banyak sebab terjadinya jeragat di muka kita. Tapi Fadz akan kupas 6 sebab utama berlakunya jeragat di wajah kita. Masalah Jeragat tidak boleh di pandang remeh sebab kesannya boleh menyebabkan tompok-tompok pigmentasi di muka dan agak sukar untuk merawatnya. Jom kita tengok 6 punca utama pembentukan jeragat untuk memudahkan kita menghindarinya.
1. Matahari
- Sinar matahari mengandungi sinar UV A & B yang menyebabkan kerosakan sel kulit.
- UV A merosakkan sel bawah kulit dan UVB pula sel luar kulit.
- Kesan sinar UV ini bukan saja menyebabkan pigmentasi atau jeragat malah boleh membawa kepada kanser kulit.
2. Hamil
- Kebiasaanya wanita hamil akan mengalami banyak masalah disebabkan hormon yang tidak menentu dan menyebabkan pembentukan jeragat dan masalah kulit yang lain.
- Sesetengah jeragat akan pudar dan hilang selepas bersalin tetapi ramai juga terus mengalami jeragat.
3. Ubat-ubatan
- Pengambilan beberapa jenis ubat yang memberi kesan sampingan dan juga ubat-ubatan yang tidak diluluskan oleh KKM.
- Kesan sampingan terhadap keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan sel baru dengan aktif.
4. Hormon
- Hormon yang tidak seimbang dan stabil akibat stress, penyusuan bayi, menopouse, pil perancang yang mengandungi hormon progesterone, pertukaran hormon dan implan adalah antara punca utama masalah jeragat.
5. Wangian
- Pewangi, sabun dan kosmetik yang menyebabkan tindak balas ‘phototoxic’ adalah diantara punca terjadinya jeragat.
- Pemilihan produk yang lebih natural seperti suplemen adalah amat digalakkan.
6. Hypothyroidism
- Aktiviti tidak terkawal oleh kalenjar tiroid menyebabkan ketidakstabilan hormon tiroid dan menyebabkan paras hormon yang rendah dan sekaligus mengaktifkan pigmentasi.
#antioksidan #puncajergat #atasijeragat #masalahkulit #kulitcantik
No comments
Post a Comment