Dalam zaman moden yang seniasa sibuk memang agak sukar untuk kita tidak memakan "fast food" lansung dalam sebulan kan. Oleh itu hari ni, kami ingin kongsikan tips makan "fast food" supaya kita tetap kekal sihat ye.
6 Tips Makan "Fast Food"
1. Jangan Jadi Pelanggan
Mengambil fast food dalm 3 kali sebulan masih boleh diterima tapi ingat ini bukan bermaksud anda boleh ambil tiap bulannya. Ambil bila terpaksa saja!!! seperti ada meeting atau presentation yang perlu disiapkan dan tiada masa untuk makan. Atau hidangan majlis2 kene la ambil hati kan. Pada hari anda ambil fast food tingkatkan pengambilan sayur dan buah-buahan. Digalakkan untuk makan sayuran sebanyak 3 kali dalam satu hidangan fast food yang anda makan.
2. Pilih Restoran yang menyediakan hidangan sayuran
Kebiasaanya restoran fast food ada menyediakan salad, coleslaw atau sup sayur. Lupakan kelazatan ayam, daging, sosej dan sos mayonis. Pilih banyak sayuran segar dan kekacang dan tukar kan sos kepada minyak zaitun. Pilih sup sayur tanpa kentang agar anda dapt lebih banyak sayuran.
3. Pilih Buah-Buahan Segar
Order buah-buahan segar jika ia terdapat dalam menu restoran. Jika tidak order jus lemon, limau atau orange :)
4. Elakkan Pengunaan Sos
Jangan tambah kandungan garam dalam hidangan anda yang sudah tinggi tu!!. Sos memang sedap tapi perlu dielakkan demi kesihatan anda.
5. Pilih Ayam Goreng Original berbanding yang Rangup
6. Pilih Air Mineral
Diharap perkongsian ini dapat membantu anda untuk kekal sihat walaupun makan makanan fast food :)
#eatclean #makanansihat #menudetox #resepidetox #menusihat #tipsihat #fastfood #hidupsihat
No comments
Post a Comment