Tuesday, November 23, 2010

Doa Menduduki Peperiksaan

Pejam celik pejam celik rupanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2010 sudah bermula. Saya mendoakan yang terbaik untuk semua. Jadi untuk pelajar-pelajar yang sedang menduduki SPM dan ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang menduduki SPM dibawah ini saya sertakan doa dan petua untuk menduduki peperiksaan bagi ibu bapa dan pelajar.. :)


Doa Menduduki Peperiksaan


Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)
(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)



Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)



Doa memohon kejayaan cemerlang - dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh
sumber: http://wannurshuhada.blogspot.com/2008/11/selamat-menduduki-peperiksaan.html 

Petua untuk Anak Menduduki Peperiksaan

Untuk anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan, persediaan peperiksaan adalah sangat penting untuk memudahkan anak-anak serta para pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan yang disediakan, salah satu persediaannya ialah sentiasa mengamalkan doa peperikasaan.

Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam alat tulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:
  1. Al-Fatihah 7 kali
  2. Selawat 7 kali
  3. Subhanallah 44 kali
  4. Alhamdulillah 44 kali
  5. Allah hu Akbar 44 kali
  6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
  7. Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”
Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut. 
Diharap dengan post doa menduduki peperiksaan ini, dapat membantu ibu bapa dan pelajar yang sedang dan bakal menghadapi peperiksaan. InsyALLAH jika berusaha dan tawakal ALLAH akan membantu kita.

sumber: http://www.azuanrazi.com/petua-untuk-anak-menduduki-peperiksaan/

3 comments:

  1. assalamualaikum...terima kasih tidak terhingga... perkongsian yg sangat bermanfaat.. semoga Allah memberkati kita semua..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum....terima kasih atas doa2nye semoga ALLAH memberkati kita semua insyaallah amin............

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas perkongsian yang sangat berguna ini...semuga urusan kita diberkati olehnya...AMIN

    ReplyDelete

Program Pendidikan Terkini (jika berminat hubungi saya)

Sociable