3 Langkah Mudah untuk Detox yang Selamat dan Berkesan



Detox adalah sangat penting untuk tubuh kita kerana ia proses membuang segala toksin atau bendasing di dalam badan kita. Ia penting untuk memastikan tubuh sentiasa sihat dan kulit kekal cantik.Antara tanda-tanda toksin yang tinggi di dalam badan adalah seperti berikut:


  • Sembelit
  • Kurang Bertenaga
  • Kulit kusam, berjerawat dan berjeragat
  • Buncit
  • Sukar Turun Berat Badan
  • Sukar Tidur

Tubuh kita boleh menapis dan meneutralkan toksin secara semulajadi namun dalam suasana sekarang yang banyak pencemaran dan permakanan yang tidak betul, ianya amat sukar bagi organ kita dan organ-organ ini perlu bekerja keras untuk mengeluarkan toksin dari badan kita. 

Maka kita haruslah membantu organ-organ ini untukmengeluarkan toksin dan memastikan organ-organ ini dalam keadaan sihat.  Setiap orang ada sebab berbeza mengapa mereka melakukan detox. 


Fadz mula mengambil keputusan untuk detox kerana  untuk menambah tenaga, membuang angin dalam badan, sembelit dan stress. 

Berat badan Fadz juga sukar turun dan kulit menjadi kusam. Fadz cuba pelbagai produk kecantikan juga tapi mungkin kerana toksin yang banyak di badan ia kurang berkesan.

Jadi Fadz nekad untuk Detox, harap tiada lagi sendawa di dalam LRT!!!! Fadz cuba 3 Langkah ni dan hasilnya memang menakjubkan :)


1. DETOX DARAH




Rasanya ramai tahu yang kebanyakan artis yang melakukan detox darah sebab tu cun melecun sentiasa. Bukan artis saja Malah ramai juga pemimpin dunia Yang melakukan detox darah untuk kekal sihat dan bertenaga. Maklumlah menjadi pemimpin ni memang sibuk dan besar tanggungjawabnya.

Kos untuk melakukan detox darah di hospital Dan pusat kesihatan bukanla Murah Dan sebaiknya Kita hendaklah melakukan detox darah semasa sihat untuk mengekalkan Dan sekaligus merawat kesihatan  sel darah kita. 

Detox darah ialah proses mencuci darah daripada segala toksin yang mencemar darah kita. Toksin akan menyebabkan nutrient dalam darah tidak dapat disalurkan ke seluruh badan dengan baik. 

Untuk membuang toksin dari darah Kita perlu meningkatkan kadar alkali dalam darah kerana toksin bersifat asid. Ia perlu bagi meneutralkan kembali darah Kita. Dengan pengambilan alfalfa yang mempunyai alkali Yang tinggi boleh meneutralkan asid dalam darah Dan badan akibat pemakanan tidak seimbang. 


Ia boleh mengembalikan kenormalan tubuh badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.Alfalfa mempunyai akar sepanjang 6 meter yang masuk ke dalam tanah bagi mencari nutrien dan mineral, manakala daunnya pula mampu mengumpul sejumlah besar klorofil melalui proses fotosintesis.

Toksin juga akan menyerang sel kita dan menyebabkan sel tidak dapat mengecas tenaga (mithocondria) yang diperlukan, dan keadaan ini dibiarkan hari demi hari dan akan merosakkan badan kita. 

Oleh itu Kita harus menggalakkan pembentukan mitochondria ( pusat yang menghasilkan tenaga untuk sel). 

2. DETOX HATI


Hati merupakan organ terbesar di dalam badan manusia dan ia berfungsi sebagai penapis atau 'filter' kepada segala jenis bahan yang masuk ke badan kita. Hati merupakan PEMBERSIH RACUN dalam tubuh kita dan juga merupakan tempat berkumpulnya toksin-toksin serta merupakan antara organ yang paling penting dalam tubuh kita. 

Antara fungsi hati adalah merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak, mengawal paras gula dalam darah dan penting untuk metabolisma lemak.  Setiap hari hati akan diserang oleh toksin melalui pemakanan dan persekitaran, jadi sangat penting untuk kita cuci hati bagi memastikan ianya boleh terus bekerja dengan baik. Kerana itu ia perlu dibersihkan setiap hari untuk membuang toksik dan racun dari badan kita. 


3. DETOX USUS


Dalam keluarga detox, detox usus adalah paling sinonim sekali. Hollywood selalu fokus pada detox usus untuk program berat badan mereka. Ini kerana usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan lebihan makanan untuk menjadi bahan buangan. 

Detox usus perlu bagi membersihkan segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus kitaWalaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat pada dinding usus kita. 

Ia menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya dan merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan.

Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan mampu menyerap nutrien pada tahap optimum . Kerana itulah detox sangat penting sebelum proses penurunan berat badan dan pengambilan apa-apa supplemen untuk memastikan kesan yang paling optimum pada badan kita. 

Kelebihan Detox


3 Langkah mudah ini pasti dapat membantu organ-organ detox anda melakukan proses detox dengan lebih baik, Mari kita lihat kelebihan detox dengan langkah-langkah yang saya cadangkan:


  • Semua bahan adalah semulajadi dan terbukti selamat dan berkesan.
  • Memberikan tenaga dan mengelakkan keletihan melampau
  • Melancarkan proses percernaan tanpa membebankan organ perkumuhan dalam badan kita.
  • Kulit cerah dan bebas dari jerawat dan jeragat.
  • Melindungi usus 
  • Menurun berat badan untuk kelihatan kurus dan juga langsing
  • Meningkatkan kesihatan hati yang penting dalam sistem percernaan kita.
#detox  #healthylifetyle #supplement #toxin #detoxification #membuangtoxin #badansihat #kurus #diet  #detoks #detoxdarah #detoxusus #detoxhati #perutbuncit #tipskurus #hilangberatbadan #buangangin #kulitcantik #kulitkusam #cepatpenat #energybooster #eatclean #makanansihat


TAG