3 Petua Semulajadi Hilangkan Jeragat dengan Berkesan



Jeragat biasanya menyerang wanita dewasa lewat 30an dan remaja. Hormon yang tidak stabil adalah punca utama jeragat kerana ia menyebabkan minyak dalam kulit menghasilkan secara lebihan. 

Jeragat boleh dirawat dengan pelbagai cara. Namun rawatan menggunakan bahan semulajadi patut menjadi pilihan utama. 

Mari Fadz kongsikan 3 Petua Semulajadi yang kerap digunakan untuk menghilangkan jeragat.


3 PETUA HILANGKAN JERAGAT

1. Lemon



Lemon mengandung asid dan vitamin C yang dapat menghapuskan jeragat degil. Lemon juga mengandungi asid citric yang membantu melunturkan kulit yang tidak sihat. Ini menjadikan lemon sangat mujarab sebagai pencerah kulit. 

Jus lemon juga membantu memudahkan pertumbuhan semula sel dan menghilangkan minyak berlebihan kerana sifat astringen.

Cara:
  • Perah lemon untuk mendapatkan jusmya
  • Celupkan bola kapas dalam jus lemon dan letakkan jus pada muka anda.
  • Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka dengan air bersih. 
2. Betik



Betik yang mengandung serat tinggi dan mengandungi sejenis enzim yang dikenali sebagai papain. 

Papain dikenali sebagai agen pengelupasan kulit mati yang sangat berkesan dan untuk kulit kita menghasilkan sel yang lebih sihat. Selain itu ia juga menjadikan kulit menjadi lembut dan halus.

Cara:
  • Campurkan betik yang telah dikisar bersama 1 sudu kecil serbuk kopi.
  • Sapukan pada kulit yang ada masalah jeragat sehingga terasa keras/ tegang kemudian bilas dengan air bersih.
3. Cuka Epal Cider



Cuka epal cider berfungsi seperti astringen dan ia dapat mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit.

Selain itu, ia mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-bakteria yang membantu melawan jerawat.

Cara:
  • Campurkan satu sudu cuka epal cider dengan satu cawan air. 
  • Celupkan bebola kapas dan sapukan pada muka.


  • Biarkan selama 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.
Diharapkan anda semua pilih petua yang menjadi pilihan hati anda dan cuba setiap hari secara konsisten untuk mendapat hasil yang memberangsangkan.
Dengan menggunakan bahan semulajadi ianya pasti selamat. Selain itu elakkan juga dari punca-punca pembentukan jeragat. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai langkah-langkah merawat jeragat dengan berkesan KLIK SINI

TAG