6 Tips Makan "Fast Food" Agar Sentiasa Sihat



Dalam zaman moden yang seniasa sibuk memang agak sukar untuk kita tidak memakan "fast food" lansung dalam sebulan kan. Oleh itu hari ni, kami ingin kongsikan tips makan "fast food" supaya kita tetap kekal sihat ye.

6 Tips Makan "Fast Food"


1. Jangan Jadi Pelanggan


Mengambil fast food dalm 3 kali sebulan masih boleh diterima tapi ingat ini bukan bermaksud anda boleh ambil tiap bulannya. Ambil bila terpaksa saja!!! seperti ada meeting atau presentation yang perlu disiapkan dan tiada masa untuk makan. Atau hidangan majlis2 kene la ambil hati kan. Pada hari anda ambil fast food tingkatkan pengambilan sayur dan buah-buahan. Digalakkan untuk makan sayuran sebanyak 3 kali dalam satu hidangan fast food yang anda makan.

2. Pilih Restoran yang menyediakan hidangan sayuran


Kebiasaanya restoran fast food ada menyediakan salad, coleslaw atau sup sayur. Lupakan kelazatan ayam, daging, sosej dan sos mayonis. Pilih banyak sayuran segar dan kekacang dan tukar kan sos kepada minyak zaitun. Pilih sup sayur tanpa kentang agar anda dapt lebih banyak sayuran.


3. Pilih Buah-Buahan Segar



Order buah-buahan segar jika ia terdapat dalam menu restoran. Jika tidak order jus lemon, limau atau orange :)

4. Elakkan Pengunaan Sos


Jangan tambah kandungan garam dalam hidangan anda yang sudah tinggi tu!!. Sos memang sedap tapi perlu dielakkan demi kesihatan anda.

5. Pilih Ayam Goreng Original berbanding yang Rangup



Buang Kulit ayam dan makan daging sahaja. Lupakan keranguoan kulit dan tepung ayam itu, Kuatkan semangat ye!!.  Elakkan makan kepak ayam kerana ianya ibarat makan lemak kulit ini kerana di bahagian kepak lebih banyak kulit lebih banyak dari daging.

6. Pilih Air Mineral


Pilih air mineral atau jus buah-buahan tanpa gula. Jangan ambil minuman ringan kerana kandungan gula, pewarna dan natriumnya sangat merbahaya.

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda untuk kekal sihat walaupun makan makanan fast food :)

#eatclean #makanansihat #menudetox #resepidetox #menusihat #tipsihat #fastfood #hidupsihat 
TAG