7 Tips Pilih Produk Jeragat yang Berkesan dan Selamat



Terdapat pelbagai produk merawat jeragat Di pasaran. Lebih2 lagi sekarang ni. Lambakan produk Kecantikan Yang menjanjikan pelbagai kelebihan termasuk Menghilangkan jeragat.

Sebagai pengguna Kita hendaklah memilih produk yang selamat dan terbukti berkesan. Mari saya kongsikan.

1. Tinggi Kandungan Bahan Kimia


Kebanyakan Produk yang memberi kesan terlampau pantas dengan harga Yang rendah mengandungi kandungan bahan kimia Yang tinggi seperti merkuri.

Kulit menjadi putih tapi Dalam masa yg sama ia semakin menulis. Kulit menjadi putih sekaligus mencerahkan jeragat Dan proses ini dinamakan peeling.

Akibat lapisan luar kulit yang menulis, kulit akan jadi sangat sensitif. sel akan lebih mudah rosak bila terkena matahari. Kulit terbakar lebih cepat.

Jeragat akan tumbuh semula dan mungkin semakin dengan teruk.

2. Rawatan laser


Rawatan laser laser untuk jeragat adalah sangat popular untuk menghilangkan jeragat.

Namun kosnye agak Mahal sehingga ribuan ringgit. Ada Yang cecah RM10,000 tau.

Rawat ini selalunya berkesan namun biasanya kulit Akan menjadi pedih Dan perlu elak Dari cahaya matahari sehingga berminggu-minggu.

Walaupun jeragat hilang dengan rawatan ini kita hendaklah mengelakkan dari jeragat ini tumbuh kembali.

3. Testimoni Pengguna


Pastikan produk yang anda pilih mempunyai banyak testimoni Yang dipercayai. Google dan cari review Dan testimoni tentang produk untuk memastikan keberkesanannya.

Pastikan juga testimoni Berjaya lebih banyak dari komplen ye. 

4. Jenama Yang Mementingkan Kualiti Dan Keselamatan



Buat kajian tentang syarikat pengeluar produk dan pastikan syarikat mementingkan kualiti dan keselamatan.

Mempunyai pakar dalam bidangnya seperti saintis dan pegawai perubatan dan kelulusan dari badan-badan kesihatan.

Adalah digalakkan untuk memilih produk yang memiliki perkara tersebut dan yang telah lama dan dipercayai dalam bidang ini.

5. Produk Semulajadi


Pastikan produk yang anda pilih semulajadi tanya penjual dan buat kajian mengenai produk itu.

Ini kerana produk yang mengandungi dadah boleh memberikan kesan sampingan yang tidak baik untuk kulit dan tubuh anda walaupun mampu menghilangkan jeragat dengan pantas.

Kulit mungkin menjadi sensitif, gatal dan merah


6. Lulus KKM

Lambakan produk kecantikan dan kesihatan di pasaran ada kebaikan dan keburukan. Kebaikan pengguna mempunyai banyak pilihan dan boleh memilih yang  terbaik tetapi penguna perlu berhati- hati dalam memilih produk yang selamat kerana sekarang terlampau banyak produk rebranding, timbang kilo dan macam-macam lagi. 

Pastikan produk jeragat itu mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.




7. Halal

Pastikan produk halal kerana ia akan menjadi darah daging kita. Jika produk tempatan, pastikan ada tanda halal dari Jakim. Jika produk antarabangsa, pastikan badan yang mengesahkan taraf halal itu disenaraikan oleh JAKIM di dalam website JAKIM.


#hilangkanjeragat #jeragat #antioksidan #puncajergat #atasijeragat #masalahkulit #kulitcantik

TAG