3 Petua Tradisional untuk Hilangkan Parut Jerawat

Jerawat adalah Salah satu radang kulit dan antara punca tekanan pada manusia tau!!

Bayangkan kalau esok Raya pastu nak selfie pun tak semangat sebab ade jerawat kat muka. Tak best kan.

Tapi jangan risau jom Fadz kongsikan 3 petua hilangkan jerawat yang selamat.

3 Petua Tradisional untuk Hilangkan Parut Jerawat

1. Timun



Timun mengandungi kadar air yang tinggi, vitamin A, vitamin C, dan magnesium. Ianya Sangat baik untuk kulit.

Letakkan hirisan timun dimuka selepas setengah jam bilas dengan air. Amalkan setiap Hari InsyALLAH berkesan.

2. Kulit Buah Oren


Oren dan Vitamin c tidak dapat dipisahkan. Vitamin c Sangat bagus untuk kulit Yang sihat dan pastinya sangat efektif dalam Menghilangkan parut.

Kisar kulit Oren dengan air Dan letakkan pada jerawat/ parut kemudian bilas

3. Aloevera


Aloevera atau Nama lainnya Lidah buaya kaya dengan vitamin semulajadi yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut. Kajian saintifik juga membuktikan bahawa lidah buaya mengandungi bahan yang dapat mempercepatkan proses pembentukan sel kulit baharu.

Patahkan Dan ambil lendirnya dan sapukan ke muka. Biarkan lendir sehingga kering dan meresap ke dalam kulit wajah. Kemudian Cuci muka dengan bersih.

Amalkan secara konsisten kerana lidah buaya juga mampu memberi kelembapan pada kulit.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu mereka Yang menghadapi masalah jerawat.

#jerawatbatu #jerawat #antioksidan #puncajerawat #atasijerawat #masalahjerawtbatu #kulitcantik 
TAG